BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Thursday, September 22, 2011

Hari Raya 2011

Emmm hari raya dah pun tiba ke penghujungnya...bersyukur pada allah swt kerana dapat kita sama-sama menghabiskan bulan ramadhan dan syawal yang mulia ini dalam keadaan yang sihat. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada rakan dan saudara mara yang sudi hadir ke rumah semasa open house yang lalu. Maaf atas makanan yang tak seberapa dan kalau ada yang tak dapat dilayan tu harap ampun dan maaf jua di pinta.

Wednesday, September 21, 2011

Belajar buat design blog....uh susah gak

Sejam di aspura belajar buar blog ngan eddy pelajar 4 RS ...banyak betul rasanya perkara yang aku tak tahu nak buat. Tapi aku tak malu nak belajar ngan eddy dan malam ni jadilah blog yang cantik... terima kasih eddy..minggu depan cikgu belajar lagi ya



Monday, May 30, 2011

HARI LAHIR KU DAH TIBA...

Tup-tup dah pun 41 tahun usiaku...semakin hari semakin pantas usia berlalu...terima kasih buat suamiku yang tercinta kerana tak pernah lupa akan tarikh ini... setiap tahun kau tak pernah lupa mendoakan akan kejayaan dan kesejahteraan hidupku... terima kasih sayang..

Terima kasih juga buat kawan-kawan ku..kak aida..yah..cgu rosli..kak wan dan ibu rohani (pengetua) kerana turut meraikan hari lahirku...rasa terharu sangat atas sambutan yang diadakan.. semoga saat seperti ini tidak hanya terberhenti di sini..

Apa yang ku harapkan bukanlah hadiah ...apa yang penting adalah ingatan dan doa kalian semua untuk diriku...

Sunday, May 15, 2011

Diam tak diam....

Diam tak diam dah 16 tahun aku menjadi guru...terlalu banyak pahit maung yg telah aku lalui sepanjang menjadi seorang guru... dari guru lepasa maktab dan mengajar prasekolah, aku mengorak langkah setapak lagi dengan menambah ilmu... berhempas pulas belajar dan akhirnya dapat juga segulung ijazah. Kini aku berada di tahap yang membanggakan diriku... aku puas dengan apa yang aku lakukan. Menabur bakti demi melihat anak bangsa berjaya.. alhamdulilah dah ramai anak-anak muridku yang telah berjaya ke menara gading malah ada yang telah berjaya dalam hidup mereka. Apa yang membanggakan ku adalah sehingga kini masih ada pelajar-pelajar yang masih sudi menjengah kami di sekolah, membawa kek dan sebagainya sebagai ingatan di hari guru.. sebagai guru itu semua tak penting... tetapi ingatan kalian terhadap kami..semoga detik ini akan kembali dihari guru 2011 ini.

Thursday, March 17, 2011

Selamat datang ke blog Saraironlady...

Assalamualaikum...alhamdulilah dapat juga aku buat blog aku sendiri. Belajar sendiri aje. Semoga ruangan ini dapat memberi insirasi baru dalam hidupku. Sebenarnya hari ini adalah hari yang paling memboringkan.. mana taknya..abang dan anak-anak semuanya ke muar... memancing katanya. Kami dah plan untuk cuti bersam-sama namun kerana aku tak berapa sihat jadi terpaksalah aku mengalah.

Dah hampir seminggu aku mengalami batuk yang agak kronik...dah macam-macam ubat aku telan..hari ni dah ok lah sikit nampaknya. Harap-harap minggu depan semuanya dah ok, sebab ada pemantau yang nak datang semak kerja-kerja kaunselor. Jadi kenalah prepare yang terbaik.