Tup-tup dah pun 41 tahun usiaku...semakin hari semakin pantas usia berlalu...terima kasih buat suamiku yang tercinta kerana tak pernah lupa akan tarikh ini... setiap tahun kau tak pernah lupa mendoakan akan kejayaan dan kesejahteraan hidupku... terima kasih sayang..
Terima kasih juga buat kawan-kawan ku..kak aida..yah..cgu rosli..kak wan dan ibu rohani (pengetua) kerana turut meraikan hari lahirku...rasa terharu sangat atas sambutan yang diadakan.. semoga saat seperti ini tidak hanya terberhenti di sini..
Apa yang ku harapkan bukanlah hadiah ...apa yang penting adalah ingatan dan doa kalian semua untuk diriku...
Monday, May 30, 2011
HARI LAHIR KU DAH TIBA...
Posted by Hasnah Sara Hassan at 9:55 PM 0 comments
Sunday, May 15, 2011
Diam tak diam....
Diam tak diam dah 16 tahun aku menjadi guru...terlalu banyak pahit maung yg telah aku lalui sepanjang menjadi seorang guru... dari guru lepasa maktab dan mengajar prasekolah, aku mengorak langkah setapak lagi dengan menambah ilmu... berhempas pulas belajar dan akhirnya dapat juga segulung ijazah. Kini aku berada di tahap yang membanggakan diriku... aku puas dengan apa yang aku lakukan. Menabur bakti demi melihat anak bangsa berjaya.. alhamdulilah dah ramai anak-anak muridku yang telah berjaya ke menara gading malah ada yang telah berjaya dalam hidup mereka. Apa yang membanggakan ku adalah sehingga kini masih ada pelajar-pelajar yang masih sudi menjengah kami di sekolah, membawa kek dan sebagainya sebagai ingatan di hari guru.. sebagai guru itu semua tak penting... tetapi ingatan kalian terhadap kami..semoga detik ini akan kembali dihari guru 2011 ini.
Posted by Hasnah Sara Hassan at 7:07 AM 0 comments